Cherry's FotoPage

By: cherry dot

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 20-May-2009 03:45 Email | Share | | Bookmark
Mee Kuning

 
 
Buat sendiri mee di rumah

Bahan-bahan:
240ml air sejuk
1 biji telur (gred C)
secubit serbuk kunyit
secubit garam
600 gm tepung gandum / high protein

Cara mengadun:
1. Satukan air, telur, serbuk kunyit dan garam. (A)
2. Masukkan tepung dalam mesin pengadun. (Mesin seperti dlm gambar).
3. 'On'-kan mesin (select button mix) sambil perlahan-lahan tuangkan bahan A. Biarkan mesin terus berputar sehingga campuran bahan A dan tepung sebati. (Hati-hati ketika menuangkan A, tepung jgn terlalu lembik. Adunan tepung sepatutnya berderai sahaja. Jumlah air yang diberikan dalam dalam resipi memang cukup-cukup untuk mengadun dan menghasilkan mee spt dlm gambar).
4. (Select button mengeluarkan) dan mee akan terhasil.
5. Jerang air dalam periuk (agak-agak boleh merebus mee yang terhasil dari 600 gm tepung, lebih kurang 1 kg.) Masukkan satu senduk minyak masak.
6. Apabila air menggelegak rebus mee (macam kita merebus kuih buah melaka) apabila mee terapung, angkat dan toskan. Tuangkan 2 - 3 senduk minyak masak dan gaul rata. Biarkan sejuk dan boleh terus guna atau masukkan dalam bekas yang kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Walaupun tanpa bahan pengawet, mee boleh tahan selama seminggu.


Monday, 16-Mar-2009 07:17 Email | Share | | Bookmark
Goreng Peria dengan Udang

Goreng Peria dengan Udang
Goreng Peria dengan Udang

Bahan-bahan:
1 biji peria
sedikit udang
cili padi (kalau suka pedas bubuh lebih)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dimayang
sedikit minyak, garam dan asam keping

Cara memasak:
1. Tumbuk cili padi dengan bawang putih.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis cili dan bawang putih.
3. Masukkan bawang besar dan udang.
4. Masukkan peria, garam dan asam keping. Goreng sebentar rasakan garamnya dan angkat. (peria jangan layu sangat, kalau digoreng lama sangat ia lembik dan tak sedap).


Wednesday, 11-Mar-2009 08:53 Email | Share | | Bookmark
Pie Kentang

Pie Kentang
Pie Kentang

Bahan-bahan:
6 - 8 biji kentang (saiz besar) – rebus hingga empuk
50 gm butter
2 biji telur – dipukul sedikit
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam

Cara-Cara:
1. Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur.
2. Panaskan butter, susu, garam dan lada sulah, biarkan sehingga butter cair & tutup api.
3. Masukkan adunan butter dan telur ke dalam adunan kentang lenyek. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan Inti
400 gm daging cincang
3 biji bawang besar – potong dadu
2 biji karot – potong dadu
2 biji tomato – potong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum
sedikit butter/margerin untuk menumis,Garam
1 biji kuning telur – untuk sapuan

Cara-cara memasak inti:
1. Panaskan butter, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.
2. Kemudian masukkan karot dan daging, goreng hingga daging masak.
3. Masukkan tomato, sos dan kicap. Kacau rata. Masukkan garam, tepung gandum dan kacau hingga sebati. Tutup api dan ketepikan.

Cara menyediakan pie:
1. Sediakan bekas, masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas.
2. Masukkan inti dan ratakan.
3. Kemudian tutup dengan lebihan kentang lenyek di atas bahan-bahan inti dan.
4. Sapukan kuning telur di atasnya.
5. Bakar pada suhu 200'C selama 30 - 40 minit atau sehingga kekuningan.


Monday, 2-Mar-2009 09:42 Email | Share | | Bookmark
Kerabu tomato

Kerabu tomato
Kerabu Tomato Dan Ikan Bilis

KERABU TOMATO DAN IKAN BILIS

Bahan-bahan:
Segenggam ikan bilis (goreng dan tumbuk)
2 biji tomato potong kiub
segenggam cili padi dipotong (ikut suka, nak bagi pedas bubuh lebih)
5 - 6 ulas bawang kecik dihiris
2 biji limau nipis (perah ambil jusnya)
sedikit halia yang dihiris nipis
secubit garam
sedikit gula

Gaulkan kesemua bahan. Rasakan masam manis dan masinnya...


Thursday, 12-Feb-2009 05:51 Email | Share | | Bookmark
Kenangan Raya

Yum..yum...
Rosemary Roasted Chicken
Mushroom Souce
View all 4 photos...
Rosemary Roasted Chicken

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (3kg)
Cincangan bawang putih
1 1/2 sudu makan rosemary kering
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh tsp lada hitam (ditumbuk kasar)
50 gm butter (lembutkan)

Cara memasaknya:
1. Panaskan oven 375°F. (170 C)
2. Bersihkan dan bilas ayam dengan air suam.
3. Campurkan bawang putih, garam, lada hitam, rosemary dan butter. Kemudian sapukan pada badan ayam rata-rata.
4. Ikat paha dan kepak ayam dengan benang dan letakkan atas dulang pembakar. Bakar dalam oven selama 40 min atau sehingga masak.

Sos cendawan lada hitam

Sedang dimasak..

Puding Koktail Berkuah

Sumber: Majalah Rasa.
Bahan-bahan:
2500 ml air
15 gm agar-agar
500 gm gula
6 sudu makan kastad - dibancuh sedikit air
250 gm buah-buahan campuran (tin)

Bahan Sos:
250 ml susu cair
750 ml air
125 ml air buah
Gula secukup rasa
1 biji telur - dipukul rata
1 sudu teh esen vanila

Cara Memasak:
1. Untuk membuat puding, rebus agar-agar hingga hancur.
2. Masukkan gula. Kacau.
3. Masukkan bancuhan kastad. Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
4. Masukkan buah-buahan campuran dalam bekas adunan dan tuang adunan yang dimasak tadi. Sejukkan dalam peti sejuk.
5. Untuk membuat sos, masak semua bahan dan kacau selalu sehingga kuah pekat

Yumyum..

Dah siap!


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net