Cherry's FotoPage

By: cherry dot

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Feb-2009 10:19 Email | Share | | Bookmark
Rose Pertama

Butter Cup Cake
Chocolate Cake
Butter Cake

Inilah hasil pertama membuat bunga rose dari buttercream
selepas belajar di Dflower.

Chocolate Cake

Semoga 'abang' mencapai kejayaan yang cemerlang dalam SPMnya tahun ini.


Tuesday, 10-Feb-2009 08:32 Email | Share | | Bookmark
Majlis kesyukuran

Fruit Cocktail Sponge Cake
hmmm....

Kek ni dibuat khusus untuk meraikan dua sepupu Ain dan Aja (Bawang Putih & Bawang Merah) yang cemerlang dalam PMR baru-baru ni. Satu majlis doa selamat dan kesyukuran telah diadakan buat keduanya. Ain (Bawang Merah) pula pada hari itu telah khatam Quran. Dan pada hari ini (10 Feb 09) Ain
sedang mendaftarkan diri sebagai pelajar baru di MRSM Langkawi. Tahniah Ain! sementara Aja pula masih menunggu tawaran...(for 2nd intake)





Wednesday, 17-Dec-2008 04:24 Email | Share | | Bookmark

 


Tuesday, 16-Dec-2008 07:11 Email | Share | | Bookmark
Untuk Jualan

Tempahan-Muffin Pisang untuk majlis kenduri
Pandan Chiffon Cake
Butter Cake
Chiffon Pandan

Pertama kali buat Chiffon Pandan untuk jualan.

Butter Cake

Bahan-bahannya:
250g butter/margerin
6 biji telur (sederhana)
250g gula
esen vanila
2 cawan tepung kek

Cara membuatnya:
1. Pukul gula dan margerin/butter hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Dan esen vanila.
3. Masukkan tepung. Guna kaedah kaup balik.
4. Dan bakar dengan suhu 160 C selama lebih kurang 45 min atau hingga masak.


Tempahan pertama muffin pisang untuk satu majlis kahwin.


Wednesday, 10-Dec-2008 07:31 Email | Share | | Bookmark
Japanese Cheesecake

Vanila Swiss Roll
Black Forrest
Japanese Cheesecake
Cotton Soft Japanese Cheesecake

Bahan A:
250g cheese (Phillidelpia))
50g butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60g tepung kek
20g tepung jagung
Sedikit kulit lemon yang diparut

Bahan B:
140g gula kastor
6 biji putih telur
1/4 sdk cream of tartar (3/4 sdk jus lemon)

Cara-cara membuatnya:
1. (Bahan A) Cairkan cheese, butter & susu dengan teknik
double boiler. Bila dah cair, sejukkan. Kemudian, campurkan
tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon
ke dalam adunan cheese & gaul hingga sebati.

2. (Bahan B) Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama cream of
tartar sampai berbuih-buih. Kemudian tambahkan
gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

3. Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau sampai
sebati jika bergentel guna pemukul elektrik (mix sekejap je).
Sediakan tin/bekas kek bulat berukuran 8 inci, yang digriskan
bawah dan tepi serta alas dengan kertas baking. Tuangkan
adunan. Taburkan kulit lemon.

4. Bakar kek lebih kurang sejam, dengan cara au bain-marie,
pada suhu 160C.

Bagi Cherry kek ni lebih sedap dimakan jika disimpan
dalam peti sejuk.

Vanila-Swiss-Roll

Swiss Roll ni pun first time buat masa raya haji lepas.

Black Forrest pertama

Bahan-bahan:
125 gm gula kastor
10 gm ovalette
4 biji telur
120 gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
40 gm air
60 gm mentega cair/minyak masak
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Satukan gula, ovalette, telur, tepung kek dan serbuk penaik dalam mangkuk pengadun dan pukul kelajuan maksima selama 5 minit hingga kembang.
2. Satukan air dan esen vanila dan pukul lagi hingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Masukkan minyak atau mentega dan gaul sebati.
4. Sediakan acuan bulat 8 inci. Lapik kertas serap minyak.
5. Tuangkan adunan dan bakar 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
6. Keluarkan dari ketuhar dan telangkupkan atas redai selama 10 minit agar permukaannya tidak mendap. Biarkan sampai sejuk. Dah sejuk baru keluarkan kek.

Cara nak hias
Bahan-bahan :
1 biji kek sponge coklat/vanila 8 inci
Ceri marashino (bertangkai)
Blueberi dalam tin
200 gm coklat masakan
1 liter Whipping Cream (RICH)
sedikit coklat rice
papan kek bersaiz 10 inci

Cara Membuatnya:
1. Letakkan kek span atas papan kek. Dan potong menjadi 3 lapis.
2. Putar ‘whipping cream’ hingga kembang dan gebu.
3. Ambil sedikit krim sapukan pada lapisan pertama, kemudian letak blueberi dan lapisankan. Ulang sehingga habis kesemua 3 lapis.
4. Sapukan krim menyaluti seluruh kek. Taburkan coklat rice pada tepi kek.
5. Hiaskan dengan ceri.


[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net